Wednesday, December 31, 2008

Pena 3

Bulat @ Sfera..???

Taman kecil di hospital di sebuah daerah sudah menjadi lokasiku bertapak buat sementara waktu sementara menunggu laporan perubatan. Kerusi kayu + simen itu masih setia untuk memberiku tempat. Subhanallah, cantiknya alam. Alhamdulillah, masih ada peluang untuk diriku mengecapi nikmat kurniaan Allah. Sambil menatap tafsir Al-Qur’an

( Surah Ar-Rahman ), ku amati keadaan persekitaran. Tenang dan damai berarak bersama tiupan angin sepoi2 bahasa.

Kakak sorang2 je kat sini?

Satu senyuman singgah dariku kepada adik comel yang menyapaku.

Lantas kuajaknya duduk dan mula berbicara..........

Kakak memang setiap bulan datang sini ya? Bilik rawatan saya dekat dengan taman nie.Sebab tu saya perasan kakak kerap datang rehat di taman ni. Cantikkan kak?

Biasanya malam2 baru saya lepak di sini. Dengar bunyi unggas dan cengkerik malam lagi seronok.(Budak comel dalam lingkungan 9 tahun berbicara...)

Siapa nama? Kakak tak tau nama adik lagi. Nama kakak.. Solehah..Adik intai kakak ya selama ni..(bicara dalam gurauan)

Kakak panggil saya Din jelah..Intai tu takla, tapi selalu tengok kakak di taman ni sorang2. jadi datang nak bersembang dengan kakak. Mane tau dapat gembirakan hati masing2.

Macam ada sesuatu yang tersirat dalam diri budak nie. Kenapa mudahnya untukku mesra dengannya.Mungkin dia petah berbicara.....@ mungkin kami sama....

Dah lama Din di hospital? Din angguk .

Din sakit apa?

Tak payahla kakak tanya saya sakit apa.....Kita cakap benda lain ya kak...Kalau saya tanya kakak sakit ape, kakak nak bagitau tak?

Yelah......kita tak payahlah cakap benda ni. Nanti hilang mood pulakkan??? Kubalas senyuman Din.

Kakak…bumi ni bulat ke sfera???

Haritu belajar kat sekolah tapi dah lupa…..Dah 1 tahun tinggalkan sekolah.

Kawan2 pun x datang melawat,mak ayah tak pedulikan saya.Semua macam dah takda.. Mungkin sebab saya nakal atau saya selalu menyusahkan orang…….

(Sampai macam tu sekali dia meluahkan rasa sedihnya padaku....tapi cover2,jangan nangis.Solehah mesti kuat...)

Bumi kita berbentuk sfera......sfera bukan bulat ....Macam bola...Din pernah main bola sepak tak???? (apa nak cakap ya dengan budak Din nie????Teringat pulak artikel yg ada dalam blog dzulqarnain..Bolehla....terangkan pada Din pelan2.

(Ramai antara kita sedia maklum bahawa bentuk bumi kita adalah sfera, walaupun bukan sebuah sfera yang sempurna kerana dipengaruhi oleh permukaannya yang tidak rata dan bergunug-ganang.Bumi ada air, daratan dan udara. Namun apakah hikmah disebalik bentuk bumi yang sfera itu, mengapa semasa pembentukannya bumi tidak berbentuk segi empat atau bentuk yang lain??? Jika dikaitkan dengan azan yang dilaungkan setiap hari, boleh dikatakan sepanjang hayat kita azan takkan terputus berkumandang disebabkan oleh bentuk bumi yang sfera. Jika azan subuh dimalaysia telah selesai, azan akan diteruskan oleh kawasan yang sebelah baratnya seperti Thailand, India dan seterusnya. Belum sempat azan subuh di kawasan Eropah, azan zohor pula mula berkumandnag di Malaysia. Begitula seterusnya, maka azan takkan berhenti berkumandang selagi mana islam itu masih tertegak........ hebatnya kuasa Allah S.W.T cuma kadang-kadang kita je yang tak pernah mahu berfikir tentang kebesaran-Nya, walaupun dengan jelas pada setiap kejadian ada tanda-tanda kebesaran-Nya.-dzulqarnain)

Beberapa minit kemudian......

Panjang jugak ya kakak terangkan...Din nak tau bumi tu bulat @ sfera je...hehehe

Mengucap panjang dalam hatiku...Budak ni.......

Kakak terima kasih ya..Din akan ingat sampai bila2..Dah lewat, Din pergi dulu.....(Sepantas kilat Din pergi...)

Eh, laporan perubatan tak ambil lagi.Lamenya aku duduk di taman nie...

Kenapa ramai mata2 memandangku......Rimas pulak..

Assalamualaikum, Cik cakap dengan siapa tadi? Seorang jururawat bertanya..

Peliknya….

Waalaikumsalam.Dengan pesakit kanak2 …Dia kata namanya Din…

Biru pucat muka jururawat tu..

Emph, takpala saya mintak diri dulu ya…

Dia ingat aku gila ke???Betulla aku cakap dengan Din (monolog dalaman)

Selesai mengambil laporan perubatan daripada Dr. Amirah, aku mengambil keputusan melawat adik Din di wad kanak2 sebelum pulang..

Cik Nurse, tumpang tanya. Katil adik Din di mana?

Din mana satu ni cik?Tiada kanak2 nama Din di wad ni.

Din....ala yang budak comel dalam lingkungan umur 9-10 tahun macam tula...Baru tadi saya bersembang di taman..

Cik pasti? Din dah sebulan meninggal dunia Cik. Mayatnya dah dikebunikan oleh pihak hospital di Kg Bahagia..(Jururawat tu terus terdiam membiarkan diriku menapak menuju satu perasaan yang sukar untuk diterjah.)

Ya Allah....

Selepas beristighfar, aku nekad mengambil lokasi tanah perkuburan itu. Dalam keadaan berdebar,gerun,takut..aku memandu menuju kediaman.

Keesokan harinya,aku pegi melawat pusara Din. Memang ada kuburnya di sana.

Muhammad Nordin …..sedap namanya.Secomel orangnya juga…Aku duduk dan membaca Surah Yaasiin untuknya. Semoga rohnya aman dan tenang.

Setelah memberitahu abah dan ibu tentang perkara yang ku alami, kami sepakat untuk mengadakan majlis tahlil untuknya dan untuk semua umat Islam yang telah meninggal dunia.

(Malam, selepas majlis tahlil..aku duduk di bilik. Mungkin Din nak tau jugak bumi ni bulat atau sfera.....Mungkin Din nak cakap....Kakak,Din sedih sebab x de orang yang doakan Din walaupun Din x da dosa...Mungkin Din nak beritahu...kakak, selagi hidup kita kena berjuang dan terus berjuang.......Mungkin Din nak luahkan.....Kakak,kita semua akan mati dan sorang diri di alam kubur.......)

Malam itu aku tidur dalam linangan air mata. Mungkin ini peluang untukku bermuhasabah dan mensyukuri nikmat pemberian Allah. Din....terima kasih sebab memberi kesempatan menegur kakak yang selama ini leka dibuai mimpi indah dunia.Terima kasih Ya Allah kerana masih sayang pada Solehah....

Tamat

Tarikh : 31 Disember 2008

Nukilan asal Solehah. Buat diri sendiri dan semua..................(adaptasi drpd pengalaman.Din ialah sahabat Solehah yang meninggal dunia semasa berumur 15 tahun. Marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat semua umat Islam yang telah berada di dunia barzakh.Al-Fatihah.)


Wednesday, December 24, 2008

Pena 2

Damai Di Hatiku.


Hembusan angin malam menyejukkan seluruh tubuh yang masih tidak lena dibuai mimpi. Semua ahli keluarga sudah nyenyak tidur di atas tilam yang empuk. Adakah diriku bersendirian pada malam ini????

Sudah tentu tidak. Diriku sentiasa diawasi oleh Allah s.w.t. Entah mengapa pada saat ini diriku benar-benar merasai sesuatu yang ingin aku rasai di saatku sibuk mengejar ilmu , dikala diriku tidak menang tangan memikul tanggungjawab dalam organisasi , disaat diriku didatangi cabaran dari pelbagai sudut…Kedamaian…..Alangkah damainya hatiku di saat ini. Ya Allah, terima kasih kerana memberiku ketenangan ini. Pada kala ini fikiranku mulai ligat mengimbau kembali kehidupanku yang telah aku tempuh selama 20 tahun. Satu tempoh yang sudah cukup untuk membuatkan diriku sedar betapa besarnya tanggungjawab yang telah, sedang dan akanku pikul di bahuku ini. Insan yang dilahirkan hasil perkongsian hidup ibu dan abah. Insan yang dibenarkan oleh Allah untuk melihat kehidupan dunia yang fana ini.


29 Rejab 1408H

Tangisan seorang bayi perempuan di bilik pembedahan memecah kesunyian pagi pada ketika itu. Tiada apa yang lebih menggembirakan si ayah apabila mendengar laungan anaknya yang pertama kali melihat dunia.Tiada siapa yang tahu keadaan si ibu yang kesakitannya hilang serta merta melihat anaknya selamat lahir ke dunia. Namun si anak belum lagi mengerti cabaran dan dugaan yang menantinya pada masa akan datang. Hanya tangisan tiada sempadan mampu diajaknya berbicara seorang diri kerana tiada siapa yang mengerti apa isi hatinya buat kali pertama.

Masa berlalu pergi……………………………………………………………………………..






Ibu berkata;

Anakku,
kau kuasuh, kau kujaga,
Tubuhmu kubelai sepenuh jiwa,
Hatimu sarat dengan cintaku,
Tidak kubiar kau lena dan leka,
Kujaga dirimu menjadi seorang manusia,
Kuisi dirimu dengan akhlak dan pekerti mulia,
Moga kau tumbuh membesar menjadi manusia yang berguna,
Berjasa dan berjasa untuk semua.

Ayah bersuara;

Anakku,
Pintalah apa saja,
Selagi mampu kuberi jua,
Tidak kubiar kau menderita,
Pakaian dan makanan akanku sedia,
Semoga kau membesar dengan sempurna,
Cukup makan,pakai, segalanya,
Serikan dengan adab dan kesopanan,
Menjaga adat pusaka dan budaya,
Menjaga nama baik keluarga,
Membela nasib nusa dan bangsa.

Dikala anak itu sedang membesar,menjadi seorang insan yang mampu berdikari, berfikir, mentafsir hidup yang penuh cabaran,….realiti yang perlu diterima oleh semua ; ibu, ayah dan anak itu……perpisahan…………………..

Anak itu adalah diriku...
Semakin diriku membesar, semakin jauhku melangkah pergi meninggalkan ibu dan abah. Semuanya kerana mencari ilmu dan pengalaman, Sedikit demi sedikitku tagih ilmu dan pengalaman. Sedikit demi sedikit, semakin banyak tempat diriku melangkah. Mencari dan terus mencari ilmu.......Adakah perjalananku ini membawa seribu erti?????


Ku cari damai di hati.....

Tersedar dari lamunan, ku kesat airmata. Benar, indah sungguh kehidupan jika kasih sayang disandar dalam diri. Itu yang ibu dan abah beri. Alhamdulillah, diriku berasa kecukupan dan kesempurnaan kasih sayang daripada mereka. Terima kasih ibu dan abah.
Adakah kehidupan dan keadaan di dunia penuh dengan kasih sayang????
Jika penuh dengan kasih sayang tidak mungkin adanya peperangan,
jika penuh dengan kasih sayang tidak mungkin adanya peminta-peminta sedekah di jalanan,
jika penuh dengan kasih sayang tidak mungkin adanya ria’,dengki dan tamak.
Hakikat yang perlu disedari ialah dunia kini penuh dengan pelbagai kepura-puraan. Sedihnya....

Dalam kesunyian malam, ku merintih dan berdoa...

Bismillahirrahmanirrahim………………

Ya Allah, Tuhanku dan Tuhan sekalian alam...Berikanlah satu rasa cinta pada diriku Ya Allah supaya dapat ku mencintai-Mu melebihi segalanya……

Tambahkanlah rasa sayangku pada-MU
Tautkanlah rinduku hanya rindu hakiki pada-Mu
Dekatkanlah hatiku dengan-Mu
Agar dapat ku kuatkan semangatku untuk berjuang pada jalan-Mu
Allah..,
Aminn……..

Tuesday, December 23, 2008

Pena 1

Kasih Disemai Sayang dituai


“ Bersyukur dan berpuashatilah dengan apa yang anda miliki sekarang. Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang”.

“ Sahabat yang soleh ialah sahabat yang menegur kesilapanmu agar tidak berulang…Yang melarang daripada melakukan kemungkaran …Yang mengingatkanmu daripada kealpaan …tidak setakat menganggukkan kepala, mengiyakan apa yang dikata…”

“Hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”

Terimalah sebuah titipan muhasabah buat semua. Semoga jalinan persaudaraan bertaut erat di pentas keimanan dan ketaqwaan menuju redha Allah.

KASIH DISEMAI SAYANG DITUAI

-Indahnya hidup ini jika subur dengan kasih sayang dan belas ehsan……

Musim berganti musim, tahun berganti tahun…..Setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian….Kematian ialah syarat untuk manusia bertemu Pencipta.Itulah saat yang dinantikan bagi hamba-Nya yang beriman…Namun selagi nyawa masih belum terpisah daripada jasad, maka selagi itu adanya tanggungjawab untuk berjihad dalam semua aspek….InsyaAllah, moga hidupku berlandaskan Islam dan matiku dalam Islam.

(Fasihah bermonolog sendirian. Kerdilnya dia di bumi Allah ini.)

“Assalamualaikum, anak abah buat ape sorang2 di taman nie? Sudah solat?” Satu suara yang amat Fasihah kenali. Rupa2 nya abah ………….

“Waalaikumsalam, abah. Sudah. Saja ja duduk kat sini. Ibu suruh rehat di bilik tapi bosanlah…Ibu tak bagi tolong dia masak. Ibu kata alang dan achik ada.”Fasihah.

“ Kakak baru sembuh..Nanti sakit balik macam mane? Risau kami semua….Doktor suruh rehat…Lagipun memang betul, kalau tak diguna budak 2 orang tue bila lagi nak pandai buat kerja rumah. Esok lusa semua anak perempuan abah kena tinggalkan rumah nie.Belajar, berkahwin…...Yang pasti kakak la dulu ya…..”usik abah panjang lebar…

“InsyaAllah, kalau umur kakak panjang…Hehe…”

“Abah, Amin dan Zaid tue nampak macam senyap je. Buat hal sendiri ….Kakak baru perasan 2,3 minggu nie diorang macam tu!!!”

“Ye ke??Ish, depan abah OK ja…Baik ja macam achik dan alang, macam Lia, macam Ira.”

(Fasihah hanya tersenyum, pasti ada sesuatu yang tak kena nie…)

(Malam itu selepas Solat Isya’ , Fasihah makan malam bersama keluarganya ;abah, ummi, Amin, Zaid(adik kembarnya), Alang, Achik, Lia dan Ira. Memang benar kata hatinya , ada sesuatu yang tak kena pada 2 orang adiknya; Amin dan Zaid. Kedua-duanya tidak duduk sebelah-menyebelah, tidak mengusik antara satu sama lain…..Amin lebih banyak mengusik adik bongsu, Ira…….Zaid pula bercerita dengan Fasihah apa yang dibuatnya sepanjang Fasihah tiada di rumah..)

“Malam nie aku akan semukakan budak berdua nie”,bisik hati Fasihah.

(Di suatu sudut di ruang tamu kedua, Fasihah mengumpulkan 2 adik lelakinya yang sama2 nakal itu sementara ahli keluarganya yang lain menonton Forum Perdana Ehwal Islam di t.v.)

“Kenapa dengan kamu berdua nie? Macam ada masalah……Apasal kakak nampak Amin, zaid dah tak rapat …..Adik-beradik bukan macam nie tau….Depan abah dan ummi pura-pura…Abahpun tak perasan korang nie macam nie…..Kakak tak taula ummi macam mane pulak…”

“zaid nie kak……”,Amin tiba2 bersuara.

“Apasal aku pulak, ko tu yang start dulu, kata aku itula…inila…..”balas Zaid.

“Ya Allah, wei…korang nie apasal? Kakak baru syak……Betullah nie…Kalau ye pun ada perselisihan, cakapla terus-terang, ‘face by face’,……”(Fasihah)

“Kakak tak suka tengok korang macam nie…Selama nie sejuk hati kakak tengok adik2 kakak tolong-menolong, belajar sama2…..Kalau ada benda yang tak puas hati, bawak berbincang. Kamu berdua nie dah besar panjang…” (Fasihah)

“Sebab kakak nie kakak kamu berduala kakak risau dengan kamu berdua. Ada masalah di sekolah ka? Atau berebut makwe????Tapi setahu kakak kamu berdua budak baik.....Tak suka usik perempuan...hehe….” (Sempat pulak Fasihah berjenaka tapi tidak ada hilaian ketawa daripada Amin dan Zaid)

“ Amin dan Zaid tau kan, kita tak tahu bila kita akan pergi. Kakakpun masa kakak di hospital…kakak rasa masa kakak dah sampai….Kakak betul2 takut tak dapat jumpa abah, ummi, Amin, Zaid, Alang,Achik, Lia,Ira…Tapi Alhamdulillah Allah masih bagi kakak peluang untuk jumpa orang2 yang kakak sayang….” (Fasihah)

“Jangan sampai satu masa nanti….bila kita hilang orang yang kita sayang baru kita akan menyesal sebab pernah kecilkan hati, sakitkan hati orang yang kita sayang tue. Ingat kata2 kakak ya…..”

(Amin dan Zaid memandang antara satu sama lain. Terasa benar kata-kata kakaknya itu….Akhirnya mereka membuka Wadah Suara Hati..- Sejam kemudian rantaian ukhuwwah kembali terjalin erat)

"Sebenarnya Amin dan Zaid bertekak pasal team bola sepak. ......Amin patut jadi bahagian 'goalkeeper' tapi dia tak ndak, dia suruh Zaid ganti dia dan dia nak mintak diletakkan di bahagian serangan..."

"La...pasal bola sepak keeee.....???Kakak ingatkan apa.."(Fasihah)

"Masalahnya Zaid nie ketua pasukan sekolah, Cikgu Manaf yang suruh Zaid bagi post tu kat Amin.Dia kata Amin bagus jadi keeper...Amin tak nak, dia mengomel kat tengah padang time semua orang ada....Malula Zaid.....tercabar zaid masa dia kata Zaid bukannya bagus jadi penyerang.....Ingat kita lawan sekolah biasa ka.....Johan dua kali berturut-turut..SM Sains Tok Pikir tue...." (Zaid)

"Ala...itu kes kat padang bola.Yang kes Zaid mengadu kat awek Amin pasal Amin nie manja, selalu bergantung dengan Zaid.....Tiru kerja rumah Zaid....bukan memalukan Amin ke kak?Malu tau.Jatuh standard depan awek..." Balas Amin...

"Astaghfirullahal a'zim, adik2 kakak nie....Benda macam nie pun boleh jadi kes .....Amin, posisi goalkeeper tue penting tau. Kalau Amin boloskan bola...kalah pasukan...Aminkan tere part tue.....Zaid pulak tere part menyerang....Mulut dia pun tengokla, bercakap jak...hehe.." (Fasihah)

"Ni lagi satu kakak nak cakap....Sejak bila Amin ada awek nie????Suka2 hati je.....Sekarang masa untuk belajar.....jangan gatal2 nak bercouple dengan perempuan. Taukan bercouple dengan perempuan bukan muhrim itu berdosa....sebab menghampiri zina....Allah tak suka.....Bukan dah belajar ke dalam sukatan pendidikan Islam.???" (Fasihah)

" Amin, Zaid...setakat nie kakak rasa tak payahlah nak bertekak.....nak tergelak kakak tengok perangai kamu berdua nie.Kembar tapi tak sefahaman..Macam mane tue??Bagi contoh teladan pada Alang,Achik, Lia dan Ira ....." (fasihah)

"Yela2....biarlah Amin jadi goalkeeper.....Pasni Amin putus dengan Maisarah.....Tapi zaid jangan gatal ambik dia......"

"Hehehe....sempat lagi tue..pesan...InsyaAllah Zaid tak ambik...Zaidkan baik..Nak tumpu pada pelajaran......"

"Ha...macam tula bagus...Sekarang salam balik mintak maaf" (Amin dan Zaid mula berjabat tangan)

“Amin mintak maaf ya……Zaid…”huluran salam kasih ditautkan..

“Zaid mintak maaf juga……Amin…” senyuman zaid dibalas pelukan Amin...

(Fasihah tersenyum syukur……………….Moga hati adik2 nya kembali bertaut erat menuju mardhotillah….. )
Sekian..


p/s : Memang ada kalanya dalam kita bersahabat,dalam kita berkenalan dan berjabat tangan persaudaraan, pasti ada sedikit sebanyak perbezaan tidak kiralah sama ada dalam konteks pendapat, pemikiran, rasa hati atau sebagainya. Namun,ingatlah bahawa jalinan persaudaraan yang disandarkan kerana Allah itu sangat manis dan sukar diperoleh. Hargailah sahabat dan saudara2 sahabat serta setiap orang yang sahabat2 sayangi kerana disitu letaknya cabang kebahagiaan.