Damai Di Hatiku.
Hembusan angin malam menyejukkan seluruh tubuh yang masih tidak lena dibuai mimpi. Semua ahli keluarga sudah nyenyak tidur di atas tilam yang empuk. Adakah diriku bersendirian pada malam ini????
Sudah tentu tidak. Diriku sentiasa diawasi oleh Allah s.w.t. Entah mengapa pada saat ini diriku benar-benar merasai sesuatu yang ingin aku rasai di saatku sibuk mengejar ilmu , dikala diriku tidak menang tangan memikul tanggungjawab dalam organisasi , disaat diriku didatangi cabaran dari pelbagai sudut…Kedamaian…..Alangkah damainya hatiku di saat ini. Ya Allah, terima kasih kerana memberiku ketenangan ini. Pada kala ini fikiranku mulai ligat mengimbau kembali kehidupanku yang telah aku tempuh selama 20 tahun. Satu tempoh yang sudah cukup untuk membuatkan diriku sedar betapa besarnya tanggungjawab yang telah, sedang dan akanku pikul di bahuku ini. Insan yang dilahirkan hasil perkongsian hidup ibu dan abah. Insan yang dibenarkan oleh Allah untuk melihat kehidupan dunia yang fana ini.
29 Rejab 1408H
Tangisan seorang bayi perempuan di bilik pembedahan memecah kesunyian pagi pada ketika itu. Tiada apa yang lebih menggembirakan si ayah apabila mendengar laungan anaknya yang pertama kali melihat dunia.Tiada siapa yang tahu keadaan si ibu yang kesakitannya hilang serta merta melihat anaknya selamat lahir ke dunia. Namun si anak belum lagi mengerti cabaran dan dugaan yang menantinya pada masa akan datang. Hanya tangisan tiada sempadan mampu diajaknya berbicara seorang diri kerana tiada siapa yang mengerti apa isi hatinya buat kali pertama.
Masa berlalu pergi……………………………………………………………………………..
Ibu berkata;
Anakku,
kau kuasuh, kau kujaga,
Tubuhmu kubelai sepenuh jiwa,
Hatimu sarat dengan cintaku,
Tidak kubiar kau lena dan leka,
Kujaga dirimu menjadi seorang manusia,
Kuisi dirimu dengan akhlak dan pekerti mulia,
Moga kau tumbuh membesar menjadi manusia yang berguna,
Berjasa dan berjasa untuk semua.
Ayah bersuara;
Anakku,
Pintalah apa saja,
Selagi mampu kuberi jua,
Tidak kubiar kau menderita,
Pakaian dan makanan akanku sedia,
Semoga kau membesar dengan sempurna,
Cukup makan,pakai, segalanya,
Serikan dengan adab dan kesopanan,
Menjaga adat pusaka dan budaya,
Menjaga nama baik keluarga,
Membela nasib nusa dan bangsa.
Dikala anak itu sedang membesar,menjadi seorang insan yang mampu berdikari, berfikir, mentafsir hidup yang penuh cabaran,….realiti yang perlu diterima oleh semua ; ibu, ayah dan anak itu……perpisahan…………………..
Anak itu adalah diriku...
Semakin diriku membesar, semakin jauhku melangkah pergi meninggalkan ibu dan abah. Semuanya kerana mencari ilmu dan pengalaman, Sedikit demi sedikitku tagih ilmu dan pengalaman. Sedikit demi sedikit, semakin banyak tempat diriku melangkah. Mencari dan terus mencari ilmu.......Adakah perjalananku ini membawa seribu erti?????
Ku cari damai di hati.....
Tersedar dari lamunan, ku kesat airmata. Benar, indah sungguh kehidupan jika kasih sayang disandar dalam diri. Itu yang ibu dan abah beri. Alhamdulillah, diriku berasa kecukupan dan kesempurnaan kasih sayang daripada mereka. Terima kasih ibu dan abah.
Adakah kehidupan dan keadaan di dunia penuh dengan kasih sayang????
Jika penuh dengan kasih sayang tidak mungkin adanya peperangan,
jika penuh dengan kasih sayang tidak mungkin adanya peminta-peminta sedekah di jalanan,
jika penuh dengan kasih sayang tidak mungkin adanya ria’,dengki dan tamak.
Hakikat yang perlu disedari ialah dunia kini penuh dengan pelbagai kepura-puraan. Sedihnya....
Dalam kesunyian malam, ku merintih dan berdoa...
Bismillahirrahmanirrahim………………
Ya Allah, Tuhanku dan Tuhan sekalian alam...Berikanlah satu rasa cinta pada diriku Ya Allah supaya dapat ku mencintai-Mu melebihi segalanya……
Tambahkanlah rasa sayangku pada-MU
Tautkanlah rinduku hanya rindu hakiki pada-Mu
Dekatkanlah hatiku dengan-Mu
Agar dapat ku kuatkan semangatku untuk berjuang pada jalan-Mu
Allah..,
Aminn……..
No comments:
Post a Comment