Wednesday, October 30, 2013



Ramai yang bercerita tentang kisah mereka kepadaku. 
Liku-liku kehidupan yang mereka jalani ada yang tidak tertanggung oleh mereka.Tidak ramai yang ambil berat malah ada yang masih mampu bergurau sinis melihat ujian kesusahan yang dialami mereka. 

Aku sekadar insan yang menasihati mereka; “Allah tahu kamu mampu,sebab itu Allah uji” tidak kurang juga kata-kata seperti  “Kamu dapat banyak nikmat..Allah uji sikit je.Sabarlah ye,semua ada penghujungnya.”

Aku bersyukur kerana mampu memberikan kata-kata motivasi kepada mereka walaupun tatkala masa yang sama,aku juga sedemikian rupa.Rebah dengan ujian Allah….bangkit mencari kekuatan dalam diam. Benar kehidupan ini kembarnya ujian. 

Moga aku dan mereka semua sabar menempuhnya. Kehidupan yang tidak kekal selamanya.Hanya kepada Allah tempat semuanya kembali.

innasolati wanusuki wamahyaya wa mamati lillahirabbil a’lamin”

Monday, October 21, 2013

Indah bersama kerana Yang Maha Esa


Suamiku telah lena dibuai mimpi.Mungkin terlalu kepenatan setelah seharian bekerja. Awal pulangnya hari ini,jadi dapatlah aku bersembang dengannya lebih panjang.Alhamdulillah, urusan kerjanya dipermudah Allah. Sebagai seorang isteri,pastinya aku sentiasa mendoakan kejayaannya dan kehahalan rezeki yang Allah berikan kepada kami.Sering aku lafazkan doa dhuha seusai solat dhuha.

"ya Allah ,jika rezeki kami di langit maka turunkanlah, jika rezeki kami di bumi...keluarkanlah,jika sukar Kau mudahkanlah,jika haram Kau sucikanlah...jika jauh,Kau dekatkanlah........"

Tiada dayaku melakukan segalanya jika tiada rahmat dari-Mu ya Allah.Peliharalah rumahtangga kami dengan redha-Mu.Berkatilah ia,cukupkanlah kami dengan kasih-Mu ya Allah.
********************************************************************************
Tanpa aku sedar,air mata gembiraku menitis lagi.Ya Allah,dalam kekurangan ini Kau telah cukupkan dan berkati setiap inci rezeki kami.Walaupun tidak banyak,cukupkanlah kami dengan kecukupan-Mu ya Allah.

Suamiku,insyaAllah indah bersamanya kita berdua kerana Yang Maha Esa. Ameen.

-yang menyayangimu,isterimu-

-Diari; 10:35 pm, 2013.10.21-


Saturday, October 19, 2013

Fahamilah Cinta-part 1

Malam ni hujan turun lagi.Ada masanya lebat,ada masanya renyai-renyai.Aku masih menunggu suamiku pulang dari kerja.Kesian suamiku penat bekerja seharian.Beginilah kehidupan berumah tangga.Cinta perlu difahami dan disulami dengan kesabaran. Adakalanya ingin sahaja hati ini merajuk dek kerana melihat waktu kerja suami yang tidak tentu masanya.Namun,aku masih cuba untuk memahami apa itu cinta.Cinta yang membuatkan manusia sanggup berkorban apa sahaja.Aku ingin menjadi seorang wanita dan isteri yang sentiasa menyenangkan suamiku.Walau sukar,aku kena berusaha agar dia tahu semuanya berjalan lancar.:)

Hujan masih turun,kali ini lebih lebat.Hati isteri mana yang tidak risau mengenangkan suami yang masih belum pulang.Bertali arus pesanan ringkas telah kuhantar melalui telefon.Alhamdulillah,hampir tiba katanya.Reda sedikit risau di hati ini. Ya Allah,selamatkan dan lindungi suamiku.ameen.:)

20 minit telah berlalu,risau kembali hati ini. Aku pantas bangun mengambil wudhu' untuk mengerjakan solat sunat dan mengaji.Agar tenang hatiku. Tidak ada sesiapa lagi untukku dan suamiku bergantung jika tidak hanya pada Allah.Tuhan yang menyatukan hati kami,Tuhan yang memberi kecukupan kepada kami,Tuhan yang melimpahkan rasa kasih antara kami berdua...Aku memohon lagi untuk keberapa kalinya.Selamatkan dan lindungilah suamiku agar dia pulang dengan selamat.Aku begitu sayang kepadanya Ya Allah. Hamba-Mu yang Engkau takdirkan berkongsi hidup denganku...dan InsyaAllah bersama sehingga masa yang diizinkan oleh-Mu.InsyaAllah andai dapat selama-lamanya.

Pintu diketuk......aku melangkah penuh debaran lantas menjenguk ke luar tingkap.Alhamdulillah,suamiku telah sampai.Baju hujan yang kuberikan pagi tadi dipakainya.Aku membuka pintu dengan keadaan masih bertelekung.Aku melihat suamiku kepenatan lalu menghadiahkan senyuman untuk memberikan semangat.Dia membalasnya lalu masuk ke rumah.Sebagai seorang isteri aku cuba menjalankan kewajibanku sebaik mungkin.Moga suamiku redha denganku. Acap kali aku memanjatkan rasa syukur atas keselamatan suamiku.Terima kasih Ya Allah! Moga Kau sentiasa menjadi keutamaan kami.ameen.

-Diari : 12:31 am,20.10.13-