Ramai yang bercerita tentang kisah mereka kepadaku.
Liku-liku kehidupan
yang mereka jalani ada yang tidak tertanggung oleh mereka.Tidak ramai yang
ambil berat malah ada yang masih mampu bergurau sinis melihat ujian kesusahan
yang dialami mereka.
Aku sekadar insan yang menasihati mereka; “Allah tahu kamu
mampu,sebab itu Allah uji” tidak kurang juga kata-kata seperti “Kamu dapat banyak nikmat..Allah uji sikit
je.Sabarlah ye,semua ada penghujungnya.”
Aku bersyukur kerana mampu memberikan kata-kata motivasi kepada mereka
walaupun tatkala masa yang sama,aku juga sedemikian rupa.Rebah dengan ujian
Allah….bangkit mencari kekuatan dalam diam. Benar kehidupan ini kembarnya
ujian.
Moga aku dan mereka semua sabar menempuhnya. Kehidupan yang tidak kekal
selamanya.Hanya kepada Allah tempat semuanya kembali.
“innasolati
wanusuki wamahyaya wa mamati lillahirabbil a’lamin”
No comments:
Post a Comment