Saturday, June 14, 2014

Cinta Halal Kami Berdua

Dengan nama-Mu,Ya Allah...Tuhanku,Tuhan suamiku....Tuhan Umat Islam dan Tuhan seluruh alam....

Cinta Halal ialah cinta yang disemai seusai nikah....cinta halal yang memberi ketenangan jiwa kepada hati-hati yang memilikinya.Betapa bersyukurku kepada Allah kerana mempunyai rezeki untuk merasainya.

Pengalaman pahit ,kenangan dan kesakitan hilang tatkala melihat dunia yang halal buatku dan suami.
Dikesempatan ini,biarlah ku titip kata cinta buatmu..suamiku....Andai berkesempatan pasti akan kau temui bicara rahsiaku,di blogku ini untukmu...yang segan untukku luahkan di hadapanmu.....kerana aku masih belum mampu melawan pandangan matamu yang menusuk hatiku sedalam-dalamnya.Alhamdulillah,betapa bersyukur aku kerana mempunyai perasaan cinta dan kasih kepada suami.Terima kasih,Allah.

Suamiku,
Bagaikan baru semalam kau melafazkan "aku terima nikahnya",bagaikan baru semalam kau memegang ubun-ubunku sambil mendoakanku...bagaikan baru semalam kita bernikah......Masih terasa hangatnya air mata yang mengalir di pipiku.Setelah lama kita berjuang untuk ini.....ia akhirnya tiba.......kita berjuang untuk cinta kita.Terima kasih,Allah.

Suamiku,
Walaupun sewaktuku menaip ketika ini,kau tiada disisiku......aku sentiasa mendoakan dirimu berjaya dengan kerjayamu di sana.Walau kita jarang berjumpa,aku sentiasa menyayangimu.......walau jarak menduga kita,kau sentiasa dekat di hatiku.Andai ini ujian seterusnya untuk kita,aku akan sentiasa mengingatkan diriku untuk sentiasa kuat semangat ,aku mendoakan sedemikian jua untukmu.

Suamiku,
Allah yang menyatukan kita.Allah yang membantu kita.Entah keberapa kali kita meminta....sentiasa meminta kepada-Nya.Ya Allah,peliharalah ikatan perkahwinan kami berdua...didiklah kami mencintai-Mu bersama...izinkan aku melahirkan pahlawan Islam yang akan kami didik bersama.Izinkan kami Ya Allah menyemai cinta halal kami berdua sehingga ajal memanggil tiba.Ketika masa itu tiba,aku masih meminta.....matikan kami berdua dalam kasih sayang-Mu sebagaimana Dirimu menitipkan rasa kasih sayang kepada kami berdua.Aku amat mencintai suamiku,Ya Allah.Anugerah dari-Mu.Terima kasih Allah. :)

Ya Allah...
andai suamiku membaca catatanku ini, aku ingin dia tahu betapa aku berterima kasih kepadanya kerana sudi menjadikanku Solehahnya.Andai bisa,aku ingin menjadi Solehahnya lagi di akhirat.Ameen.

Nurhidayah Ariffin, 14 jun 2014

Buat suamiku,Nursyabri Nor.



No comments:

Post a Comment