Monday, June 30, 2014

Selamat Hari Lahir !!!!!

Assalamua’laikum,suamiku.

Salam Ramadhan dan Selamat Hari lahir buat dirimu,
InsyaAllah semoga abang sentiasa bahagia dengan saya. Ameen.

Alhamdulillah,ini Ramadhan kali pertama kita sebagai suami isteri.Banyak yang kita telah lalui.Sekejap bergaduh..baik semula...begitulah pasang surut kisah rumahtangga yang sememangnya banyak mengajar kita untuk saling memahami dan bertoleransi antara satu sama lain

Adakalanya ia tidak seperti yang kita impikan,namun percayalah semuanya untuk kesempurnaan.


A man dreams of a perfect wife. 

A woman dreams of a perfect husband.
But they don't realize that ALLAH created them to complete one another.



Suamiku,
Abang sentiasa mengingatkan saya untuk sentiasa berjiwa besar.Benar....mencapai makam tersebut memerlukan perjuangan yang tinggi.Bantulah saya dan doakan saya sentiasa semoga menjadi isteri impian abang.

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,  perempuan yang baik untuk lelaki yan baik..dan 
begitulah sebaliknya. Saya doakan kita sama-sama baik untuk diri masing-masing.InsyaAllah.


Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul.

Suamiku,abang adalah pemilik cinta saya setelah Allah dan Rasul.Keluarga,ibu abah menjadi yang seterusnya buat saya.Abanglah suami yang mendidik dan menyayangi saya seperti mana ibu abah menyayangi saya penuh kasih semenjak kecil.Maafkan saya andai saya tidak seperti mana yang diharapkan.Bersabarlah mendidik saya menjadi sebaiknya isteri untuk diri abang.

Suamiku,jalan kehidupan penuh berliku.Kadang kala kita terjatuh dan terluka.Kadang kala kita terpana dengan dunia.Tanpa sedar kita inginkan semua sedangkan hidup tidak selamanya di dunia.Antaranya pelbagai karenah dan ujian yang tidak terduga.Saya doakan abang dan saya sentiasa dalam perlindungan-Nya.Allah yang Maha Esa.

Suamiku sayang,semoga abang sentiasa menjadi hamba yang dirahmati Allah....yang sentiasa dipermudahkan urusan oleh-Nya,berjaya dalam kerjaya....dan bahagia bersama saya.Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa bersyukurnya saya kerana dapat mengenali insan yang bergelar suami.Semoga abang sentiasa menyayangi saya seadanya.

Salam sayang. Isterimu.
Nursolehah Ahmad,3 Ramadhan 



No comments:

Post a Comment